kawan kawan Kak Zu

Sunday, September 22, 2013

sabtu dan ahad kami

Assalamualaikum semua..sihat ker..semoga semua kawan kawan kak zu sentiasa dalam lindungan Allah Taala selalu.

Semalam hari Sabtu kak zu balik kampung menjenguk emak yang tinggal sendirian di sana.Emak kak zu dah balik ke rumah nya dah lebih dari dua minggu.Dah puas dia duduk di rumah kak zu dia merengek nak balik duduk rumah dia sendiri pulak.Kak zu faham kehendak orang orang tua ni,walau selesa hidup di rumah anak menantu dia tetap nak balik ke rumah dia sendiri juga.kak zu tak membantah kalau emak meminta dihantar ke kampung.Tiap tiap hari kak zu akan menelefon dia bertanya kan keadaan nya..

Walaupun tinggal seorang diri tetapi bila malam hari mak ngah dan juga seorang lagi jiran yang juga ibu tunggal akan datang berhimpun meneman tidor..kadang kadang emak kak zu akan bermalam di rumah makngah.Kurang sikit kerisauan kak zu bila emak dan mak ngah saling teman menemani bila malam menjelma..

Semasa kak zu di kampung rumah emak kak zu didatangi penjual kain orang kemboja.tiap tiap bulan ada saja penjual kain ni masak kampung.Kalau musim buah buahan lagi ramai yang datang.bukan sahaja orang kemboja tetapi orang siam patani juga ada.seingat ingat kak zu dari zaman kak zu kanak kanak lagi penjual dari Patani ni dah masuk kampung kak zu dengan menjunjung barangan mereka.Macam macam benda diorang jual.dari kain baju hinggalah ke periuk balanga.

Jika takdir Allah kak zu ada di kampung selalulah kak zu beli barangan dari penjual ni.Antara barangan yang kak zu pernah beli ialah periuk besar harga RM 30, kain pasang,sepit rambut untuk anak anak ,kain batik dan banyak lagi.lupa plk sebab dan bertahun tahun kan...

Dan semalam kak zu beli lagi kain pasang dari penjual orang kemboja ni.Kesian pulak tengok bag penjual tu masih lagi penuh sedangkan hari dah dekat pukul 5 ptg.kak zu beli dua pasang.



kata penjual tu ini corak terbaru.yer ker baru ???..rasanya raya hari tu ipar duai kak zu dah pakai corak begini..kak zu tak amik pun yang ni.

haaa...kak zu ambik yang warna kuning tu.harga asal RM65 tapi dia bagi kak zu RM50 sebab katanya nak kurang kan beban bag dia..haha..dan yang hitam bercorak hijau tu harga asalnya RM40 dan dia bagi RM25..murah ler jgk...

Dan hari ni hari Ahad adalah rutin kak zu melawat anak sulung kak zu kat asrama.Disebab kan jarak asrama dgn rumah adalah kurang dari setengah jam jadi bolehlah tiap tiap minggu kami melawat dia.Melawat angah pula adalah sebulan sekali sebab asrama dia jauh sangat nun di Balik Pulau sana.


Hari ni kak zu bawakan makanan dari rumah.kak zu bawak nasi berlaukkan lemak ketam ,sambal bilis dan ikan bawal goreng.yang warna hitam dalam bekas tu ialah kek coklat moist.ambik ko air satu botol beso..haha..kakak makan tak angkat muka dah..sedap sangat ler gamak nya tuh..

makin lebaq tak muka kak zu sekarang ni..tudung tu baru beli hari jumaat baru ni ..saja nak cerita jugak...Abang Megat tu mmg sengaja suka sebotaj gambar..menci7x

13 comments:

  1. saamKak Zu......

    sama Kak.....Yan bila balik kampung pun macam tu.....orang kemboja selalu datang rumah makYan.....singah sembahyang & selalunya bagi makan sekali.....kesian ngan diaorang nie.....kalau kita tak beli....bawa barang mengalahkan kereta.....kesian cari rezeki di rantau orang....

    ReplyDelete
  2. Amboi..... borong sakan nampak tak cukup yg kat oversea dulu yeh! hehe.....
    samalah mcm mak okje kat kg ZM...tapi bezanya adik beradik OKje ramai kat sana mmg mereka bergilir tidur dan menghantar makanan ....

    pst...tak sangka ye rupanya sebaya okje ngan hubby ZM tu. Tapi dulu dia kelas apa yeh ZM?


    ReplyDelete
  3. kat kota tinggi ada pasar kemboja, boleh tahan mahal harga zue. agaknya tempias singaporean membeli belah..

    gitu juga kat bp. tapi kalau orang menjual dari rumah ke rumah, takde lah pulak..

    ReplyDelete
  4. mmg mcm tu perangai orang tua.. sama juga dgn mak saya... susah sgt nak duduk rumah anak menantu lama-lama... cukup seminggu dah nak balik.. kalau tak bagi balik, buat mereka sedih pula.. jadi kena ikutkan jer even hati kita berat nak lepaskan..... kat rumah, adik bongsu la yang tolong jaga... walaupun lelaki, nasib baik boleh diharap :)

    tu la, kalau tak beli kesian... bagus juga yg jenis jual barang mcm tu.. kalau datang utk minta sedekah, ada juga.... ada yg demand lagi xnak duit syiling, nak duit kertas jer... diberi syiling, dibaling kat pintu pagar :(

    ReplyDelete
  5. cantik kain2 tu...

    masakan mama dia mestilah sedap..

    ReplyDelete
  6. org tua kak...bak kata pepatah... there's no place like home ;-)

    ReplyDelete
  7. orang tu memang mcm tu kan kak zu..mcm ibu sy..dua hari je d rmh dah nak balik kg..

    murah jg harganya ya kak zu

    ReplyDelete
  8. assalamualaikum kak zu...

    ingat dedulu pun ada penjual junjung barang mai kat umah kat kg...mmg besa brg dijungjungnya..kekadang tikar pun ada...kesian punya pasal..mmg arwah mak akan beli juga...siap bg air..kesian...

    ReplyDelete
  9. hehe comel je entry ni:)
    nnt kalau rajin tgklah blog noly ye
    www.nolyanna.blogspot.com

    ReplyDelete
  10. cantik yang color kuning tu kaka zu...kalau kita pun mesti ambil..kadang-kadang bukan nak beli sangat tapi kesian kan..

    ReplyDelete
  11. Alhamdulillah mak sy nk ddk sama. Mmg risau klw mak tinggal sorang sorang kt rumh. Tp dah ddk sama bergaduh la pulak..gaduh gaduh sayang.

    ReplyDelete
  12. hehe kt kampung saye dah xde org2 jual cmni,,teringat zaman kecik2 dulu

    ReplyDelete