Assalamualaikum
Rasanya belum terlambat lagi untuk kak zu mengucapkan selamat hari raya aidilfitri kepada semua kawan kawan blogger yang kak zu sayangi dan rindui selalu.
Sebenarnya banyak yang kak zu ingin kongsikan cerita disini.namun ada sahaja halangannya.kita manusia hanya mampu merancang namun Allah jua yang menentukan nya.
Semasa kak zu menaip entri ni kak zu sedang berperang dengan rasa sakit dan pedih akibat penyakit kayap..kak zu ingatkan rasa pedih dan merah ni akibat menggaru semasa tido.bila ke klinik baru tahu bahawa bekas merah dan pedih ni adalah penyakit kayap.alahai..lepas raya duit pun dah banyak habis kayap pun datang..
Orang sibuk bercerita kisah hari raya kak zu dok sibuk cerita kisah penyakit pulak..cerita raya kakzu biasa biasa saja.kak zu dan anak anak sambut raya pertama dirumah mentua walaupun suami kak zu berhari raya jauh di tengah lautan..
okeylah nanti kak zu sambung lagi berceloteh..nak sapu krim kat tempat kayap ni.
semoga cepat sembuh...:)
ReplyDeleteSiannya kak zu... Dulu abah saya kena kayap ular nsb baik sembuh cepat. Saya doakan semoga kak zu cepat sembuh ya..
ReplyDeleteSelamat hari raya juga dari saya buat kak zu sekeluarga.. :)
sakitkan.. semoga cepatlah sembuh hendaknyer... kitapun nak ucapkan selamat hari raya...
ReplyDeleteKesiannya... kalau kayap ni kena pantang makan Zu. Raya pulak macam-macam hidangan memang susah sikitlah kan..
ReplyDeleteBetul kata Kak Zakie. Kena pantanglah sekejap yer kak. Selamat Hari Raya Kak Zu.
ReplyDeletebahaya ni..hilang nti dtg balik..kayap susah nak hilang..pg klinik tak jln..pergi farmasi ada ubatnya..kena bertyalah..knor lupa namanya..kena sapu hari2 tau..walau dah hilang..utk sementara sehingga dia btul2 pulih..kayap ni berpunya dr hama..
ReplyDeleteberpuncalah..hehe
ReplyDeletelor
ReplyDeletekayap pulak
makan kena jaga lah pas ni
mg cpt baik
Kalau gi klinik atau farmasi ..dapatkan calamine losyen... memang sejuk losyen ni...macam budak2 selalu kene chicken pox pun doktor kasi losyen ni..
ReplyDeletesyafakallah...
ReplyDeleteSelamat Hari Raya ZM.....
ReplyDeleteBaiknya lahai menantu nan sorang ni....hehe....
Kesiannya kat awak.... camne jadi tu ZM? Tetiba ke?
Apa pun.....jangan makan gatal gatal yeh!
alo..lo..lo..kesian Kak zu...
ReplyDeleteselamat Hari raya Kak..
harap maaaf andai ada salah silap spjg persahabatan alam maya ini..:)
Moga cepat sembuh...
moga cepat sembuh hendakNYA.. dan selamat hari raya buat Zu dan keluarga.. ;)
ReplyDeletesalam 16 syawal kak zu..dah lam tak datang sini...
ReplyDeleteMaknjang tak pernah kena.. tapi kata orang sakit/pedih macam terbakaq..
ReplyDeleteSemoga dah semboh..
kesiannya kak zu..macam mana bole jadi kayap tu kakzu..
ReplyDeleteharap kak zu cepat sembuh ya.
kesiannya kak zu..macam mana bole jadi kayap tu kakzu..
ReplyDeleteharap kak zu cepat sembuh ya.
Salam aidilfitri zu..
ReplyDeleteKak tak pernah kena....so, tak leh kongsi cara mengubatnya..
Harap2 dah makin pulih
Owhh sure tak best rasa gatal2 pedih2 tu kan. Harap kayap tu tak stay lama.
ReplyDeletekak zu, camner...dah sembuh ke? intan pernah kena kayap time sekolah menengah dulu..duk asrama..cikgu suh balik umah la ..ctlama..mandi air akar kayu..huhu
ReplyDeleteSY PernAH kena kayap ular...kat pinggang... sakitnya tuhan jew yg tahu...mmg la perit..ihihi
ReplyDelete