kawan kawan Kak Zu

Wednesday, August 8, 2012

cuti nuzul quran baru ni...

Malam Rabu angah telefon bagitahu dia nak balik  hari Jumaat sempena cuti Nuzul Quran nanti.Ibu cakap malas nak memandu sendiri ke Balik Pulau di bulan puasa ni.Ayah kat laut.Angah kata dia nak naik bas dengan kawan. Ibu kata okeylah,nnti ibu jemput kat stesyen bas kamunting.

Hari Jumaat tu ibu pun tunggulah panggilan dari angah nak tahu dia naik bas pukul berapa.dapatlah ibu bajet masa.ibu ingat pas jemput angah kat stesyen bas kita terus balik berbuka puasa kat rumah opah.dah lama tak balik berbuka puasa dengan opah kat kampung.pukul 230 ptg angah telefon kata dia tak jadi balik dengan kawan.kawan dia nak balik awal sebelum solat jumaat.dia suruh ibu jemput.ibu kata sekarang dah lewat utk ke Balik Pulau.ibu minta angah tinggal kat hostel sahaja cuti nuzul quran ni.angah kata ok jer dan terus letak telefon tanpa sempat ibu bertanya perkara lain lagi.

Pukul 8 mlm selepas ibu berbuka puasa kat kampung henfon ibu berbunyi.ibu tengok no telefon MRSM.Angah telefon bunyi suara dia sebak.ibu tanya berbuka puasa makan apa.Angah bagitahu dia hanya minum air dan makan buah kurma sahaja.Angah menangis bagitau makanan dah habis.rupa nya dia tertidur hingga terlepas waktu berbuka.boleh dikatakan semua budak tingkatan 1 pulang bercuti.jadi takada siapa yang kejutkan dia dari tido.bila dia ke dewan makan semua makanan telah habis.Ya Allah kesian nya anak ibu.ibu dah meraung kat meja makan.angah pun menangis dalam telefon.nasib baik lepas solat terawih nnti ada makan lagi (morey). sedih ibu mengenangkan anak berterawih dengan perut kosong.tambah menyedihkan bila melihat betapa banyak nya makanan atas meja di rumah opah.

Pagi Sabtu pukul 830 pagi ibu dah memandu ke Balik Pulau untuk jemput angah.dekna dan anis tinggal dengan opah.perjalanan pergi balik dipermudahkan Allah walaupun kereta dan lori bnyk kat highway.ibu doa banyak banyak sepanjang perjalanan semoga perjalanan ibu selamat pergi dan balik.Ayah tak tahu ibu telah ke Balik Pulau.pukul 130 ptg selamat sampai rumah opah.Ptg tu ibu pergi PARAM beli macam macam makanan utk Angah.suka dia bila ibu beli makanan kegemaran dia.Hari Ahad dah balik ke rumah kita semula.juga ibu beli macam macam makanan utk dia.makanlah anak ku walaupun ibu tak sempat nak masak sendiri.

Ibu hantar angah balik ke MRSM hari Isnin lebih kurang pukul 1130 pagi.sebelum keluar rumah Ayah telefon nak tahu kita dah bertolak ker belum.kebetulan masa ayah telefon tu anis sedang menangis meraung sbb berebutkan kasut dengan dekna.menangis lama pulak tu.Jadi mood nak bercakap dengan ayah mmg tak ada.cakap dua tiga patah kata sahaja terus letak telefon.selepas singgah kedai utk beli barang barang angah dan isi minyak kereta ,dengan lafaz bismilah ibu pun mereruskan perjalanan memasuki lebuhraya utara selatan menghala ke utara.belum sampai tol Sungai Juru ayah telefon lagi sekali.oleh sbb ibu tengah drive jadi angah lah yang melayan ayah di telefon.kemudian angah pandang kearah ibu dan cakap "ibu..ayah kata ayah sayang ibu..." huk huk huk..ibu nak terbatuk batuk..apahal tiba tiba lak ayah cakap sayang kat ibu siang siang hari pulak tu.pastu suruh angah sampaikan lagi yang tak tahan tu...ayah membuatkan ibu tersenyum sepanjang perjalanan melalui jambatan Pulau Pinang...hehehe

Dari Balik Pulau lepas hantar angah ibu dan adik adik terus balik ke Kamunting.sampai rumah pukul 330 ptg.lepas solat zohor dan baring baring hilangkan lenguh kaki (terima kasih dekna picitkan kaki ibu) kami tiga beranak meneruskan misi hari itu dengan melawat kakak kat asrama sek men taman tasik pulak.sebelum tu singgah PARAM lagi sekali utk beli makanan utk buah hati sulung ibu.nasi tomato,mee rebus,air soya dan kuih muih utk kakak.Gulai lemak ayam dan masak kicap daging utk kami bersahur nnti.solat asar kat surau hostel.serahkan makanan,duit,tanya khabar dan pelajaran kakak dan peluk cium kakak,kami terus ke Taiping Sentral utk mencari kasut raya anis dan dekna.tapi tak beli pun sebab tak ada yang berkenan di hati.kalau ada yang berkenan pun tapi harga tak masuk akal utk sepasang kasut utk kanak kanak.nnti pergi servey kat The Store pulak.ikutkan sahaja selera anis dan dekna yang hendak berbuka puasa kat KFC di Tesco (bersebelahan Taiping Centre).

Balik solat magrib kat rumah.Lepas solat magrib terus ibu panjat katil.nasib baik gate dah kunci dan sampah  dah buang siap siap.terjaga (sebenarnya kunci jam) pukul 3 pagi.solat insyak, terawih dan solat sunat yang lain di hening pagi yang sungguh mendamaikan.di saat menadah tangan memohon diampunkan dosa dosa yang lalu dan juga memohon keberkatan hidup seluruh keluarga sahabat handai dan juga jiran jiran tetangga air mata merembes keluarseperti empangan pecah.tanpa sedar ibu mengongoi seperti anak anak kecil.terasa sungguh kerdil diri ini bila menadah doa kepada Nya...


No comments:

Post a Comment