kawan kawan Kak Zu

Friday, June 8, 2012

adik ni dalam dilema...

gambar kat atas ni diambil masa kak zu ikut pak megat bermesyuarat kat kerteh baru baru ni.(entry pasal percutian ke trangganu akan menyusul nnti).nama adik ni kak zu lupa nak tanya.cuma tanya nama nak dia sahaja.kami sama sama tunggu suami bersolat jumaat kat masjid terapung kuala trangganu.

adik ni kerja sebagai guru.anak baru seorang.masa sembang2 tu dia tanya kak zu kerja apa ?.bila dia tahu kak zu hanya lah seorang suri rumah sepenuh masa terus dia teruja nak tahu lebih lagi.rupa nya si adik ni dalam delima nak jadi surirumah sepenuh masa atau pun wanita berkerjaya.dia bagitau selepas melahirkan anak,baby dia ada masalah penyusuan.baby dia tak boleh menyusu menggunakan botol.baby dia akan muntah selepas menyusu.walaupun menyusu badan baby tu still akan muntah juga.

sekarang adik ni bercuti tanpa gaji selama setahun.sekarang cuti dia berbaki lagi 6 bulan.si suami menyuruh siisteri ni berhenti kerja sahaja.adik ni bagitahu suami dia berkerja sendiri.mungkin berniaga kot.dia banyak bertanya pada kak zu macammana menjadi surirumah sepenuh masa,tentang perbelanjaan keluarga dan macam macam lagi.kak zu cuma boleh bagitau tentang kehidupan kak zu sahaja tetapi dia tidak boleh merujuk seratus peratus perihal kehidupan kak zu...

bagi kak zu pula,sayanglah kan kalau nak korban kan kerjaya utk tumpukan pada rumah tangga.sayang dengan ilmu yang telah dipelajari bertahun2.tapi kak zu faham masalah dia berkenaan dgn anak nya itu.kak zu cuma boleh nasihatkan dia berfikir sehabis habis nye.ada masa lagi 6 bulan utk buat keputusan.kami berpisah setelah suami kami selesai solat jumaat.kak zu doakan semoga adik ni dapat membuat keputusan yang betul...


No comments:

Post a Comment