kawan kawan Kak Zu

Monday, April 15, 2013

Ho Chi Minh City Day 1


Assalamualaikum..

Masih lagi day 1..

Selepas masuk ke bilik dan berehat rehat , tibalah masa untuk makan malam.tempat nya masih lagi restoren Aaron Aziz orang singapore tu.Ada ahli rombongan kami tanya si Aaron Aziz ni adakah dia bekahwin dengan gadis vietnam.Dengan tersenyum dia menjawab tidak

Dah selesai makan malam tibalah masanya untuk mengukur jalan.jommm serbu pasar malam.memang happening suasana pasar malam kat sini.Terasa macam pasar malam kat Jalan TAR Kuala Lumpur jer.Asyik lah berselisah bahu dengan orang Malaysia.

Kebanyakan peniaga disini pandai berbahasa Inggeris dan diselangi bahasa Melayu dialek Champa.Bila tanya harga first diorang akan bagi dalam nilai Dong dulu.menang kelirulah sebab ratus ratus ribu kan..100 ribu dong bersamaan dengan RM15.00.kak zu lebih senang beli dalam nilai USD ataupun RM.Nasib baik tukar dong sikit sahaja.


 malam pertama ni cuma servey  harga dulu.Sebab masih ada dua malam lagi untuk membeli belah.Harga memng murah.Macam telekung yang kami belek ni cuma berharga RM48 bagi yang berbunga timbul 50 kumtum.baju pasang macam kat belakang tuh RM 55 .memang berbaloi dengn manik penuh di dada,bawah baju dan keliling lengan.


rambang mata sekejap.tengok sana cantik tengok sini lawa.tengok beg duit makin nipis..hehe


gerai ni menjual barangan kraf dan sulaman seperti sapra dan runner.pencil case dan bag duit bersulam pun ada jugak.kalau pandai tawar menawar boleh dapat separuh harga.kak zu tak berapa berani nak tawar harga gila gila rendah, sebab kak zu pernah tengok ada satu pelancong bukan dari Malaysia kena halau bila dia minta harga yang tak masuk akal.contoh: 10 dolar pelancong tu minta 1 dolar..memang pelancong tu kena halau keluar dari gerai tu..

kak zu jengok kedai bag pulak.tak beli pun..

dah penat ukur jalan sampai basah baju dek peluh tiba tiba ada orang jual air kelapa.sedap betul rasa sejuk bila lalu kat tekak yang kehausan.sebiji 1 dolar. RM3 duit kita.sebiji di kongsi berdua dengan abang megat..


 sedap weh...


       
 Sebelum naik ke bilik sempat singgah beli selipar kat depan hotel.boleh pakai selipar jer kalau nak jalan kepasar malam untuk malam besok...kak zu beli sepasang selipar ADIDAS berharga RM8 dan NIKE untuk abang megat dengan harga RM10.rupernya kawan kak zu beli dapat RM6 jer..cissss


Kat pasar malam tu juga abang megat beli seluar jeans jenama LIVES dan TOMMY untuk kak zu.dua helai 35 dolar.murah giler.walaupun bukan ori tpi memang kemas jahitannya.disebabkan selasa dan berbaloi dengan harganya malam keesokkan nya abang megat beli lagi sehelai seluar jeans jenama TIMBERLAND plk..Jersi pun murah jgk kat vietnam ni.

Oh ya.lupa nak cerita ..waktu kat Vietnam ni lmbat sejam dari Malaysia..pukul 8 di malaysia disini baru pukul 7.okeylah habis dah satu hari cerita di vietnam.Nanti kak zu sambung day 2 ke Sungai Mekong pulak.Terima kasih lah pada kak zakie dan knor yang bertanya kan day 2 day 3 dan day seterusnya.

Sebenarnya kak zu lambat buat entri baru sebab emak kak zu ada di sini.di rumah kak zu.sudah seminggu dia disini..jadi kak zu kena luangkan banyak masa dengan dia.emak kak zu tak berapa sihat. kak zu rasa bersalah sangat bila mengadap lappy lagi lama dari mengadap emak sendiri.sesetengah blog kengkawan pun tak sempat kak zu melawat.minta maaf pada semua yang tinggalkan komen tapi kak zu tak buat kunjungan balas pun..











Friday, April 12, 2013

catatan perjalanan ke Ho Chi Minh City day 1


Assalamualaikum..


Pukul 3 pagi hari khamis tu kak zu , abang megat dan seorang kawan bernama zuraida bertolak dari Taiping meredah kegelapan dan kedinginan pagi..cewah ayat...Target nak sampai lcct sebelum pukul 10 pagi.Singgah solat subuh dekat RnR Sungai Buluh.punyalah ramai kaum wanita berbaju biru kat dalam tandas kawasan rehat tu,rupanya mereka semua dari Kangar nak ke Kuala Lumpur.ada kena mengena ngan pilihanraya yang akan menjelang tak lama lagi nih...


Seperti dijangka pukul 8 pagi 4/4/2013 kami dah sampai depan lcct Sepang.Alhamdulillah tak tersesat dan tak tersangkut dalam kesesakan jalan raya.kawan kawan yang lain belum sampai lagi.Ada yang datang dari Pulau Pinang,Nilai,Trangganu dan ada sorang dari KL..mereka semuanya gang sekolah menengah dahulu..


kak zu dan zuraida sarapan pagi kat kantin lcct dulu...

bila semua dah sampai.kitaorang pun check in.sempat bergambar lagi ..ada sorang tu ntah apa mimpinya pergi vietnam pakai baju kurung..ada orang usik dia nak pergi makan kenduri ker..hehe

gambar dah di edit..gambar atas kat lcct sepang dan gambar bawah setelah sampai ke lapangan terbang Ho Chi Minh City..malu malu kak zu nak habaq, ni lah pertama kali kak zu naik kapal terbang..huhu ..dah tua baru nak merasa...

dah jejak kaki kat vietnam..ni tunggu kwan masuk tandas kat tepi tu..masa ni kat luar tu punya lah ramai minah vietnam dok tunggu "supa junia"..


setelah bersesak sesak dengan peminat super junior akhirnya rombongan kami di bawak oleh pemandu pelancong makan di kedai Aaron Aziz ni..sebenarnya restoren ni milik rakyat singapore..bukan AA pelakon tu yer..hehe


dalam pukul 4ptg camtu rombongan kami di bawa ke hotel penginapan.bilik tak seluas mana.kat tempat abang megat berdiri tulah tempat kami solat..


hotel yang bertulisan biru tulah tempat kami menginap.Dekat sangat dengan pasar malam Ben Thanh Market yang wajip dikunjungi bila kita ke ho chi minh ni.bawah hotel tu kedai pakaian.perggghhh rambang mata sekejap...

okeylah kak zu stop sini dulu sebab nak iron baju sekolah anis dan dekna..esok sambung cerita lagi ya..

* tak sempat nak melawat blog kengkawan semua.semalam separuh hari kat hospital meneman emak kat klinik mata..hospita kerajaan semuanya ok..cuma letih menungguuuuuuuuuuuu...nnti kak zu terjah rumah korang yer..janji.(kait jari kelingking)

Tuesday, April 9, 2013

Vietnam Dan Super Junior


Assalamualaikum 

Hello....hello...kak zu bersiaran kembali...Baru sampai ke tanahair semalam Isnin pukul 6 pagi waktu Malaysia.Penat??? Jangan cakap ler.tapi yang pasti nya sangat happy dengan trip ni.

Sewaktu sampai ke airport bandar Ho Chi Minh sambutan yang diterima amat luar biasa sekali..Mulanya ingatkan untuk kumpulan kami dari Malaysia ni rupanya untuk kumpulan K Pop dari Korea iaitu kumpulan Super Junior.

Demam k pop dimana mana sahaja.Anak dara Vietnam menjerit jerit memanggil nama artis pujaan mereka.bila dah dapat jumpa menangis pulak tuh. heran sungguh...hehe Bila diorang menjerit,kak zu pun tumpang jerit sama.Tolong jeritkan untuk anak dara kak zu si kakak Yasmin hehe . Dia kalau ada kat rumah berkumandanglah satu rumah dengan lagu lagu korea ni..

Cerita sikit sikit dululah yer..banyak kerja rumah nak kena siapkan ni...cerita mengenai percutian kemudian lah menyusul.gambar banyak sangat.kena buat part by part. untuk hri ni kita tengok gambar anak dara dan teruna Vietnam yang teruja dengan Super Junior dulu..


kena tipu budak budak nih.sekejap kata mamat korea tu nak keluar ikut pintu kiri..depa lari ke pintu kiri


sekejap kata pintu kanan..depa lari ke kanan..hehe


masa ni budak korea tu dah naik atas van tu dah.mujur tak berbalik van tu di kerum dek awek awek vietnam nih...
kak zu tak kenal saper super junior ni..jadi kenalah cari gambar depa kat google..

rupernya waktu nak balik ke Malaysia hari Ahad tu jumpa lagi ngan mamat ni..punyalah sombong manager diorang.nak amik gambar pun tak bagi.tapi curi curi jugak ambik sebab nak tunjuk kat kakak.tapi semua gambar tu ada dalam handphone.malas dah nak transfer.









meh tengok gambar kak zu dan chinta hati kak zu ni lagi ada pekdah tau...hehe

Wednesday, April 3, 2013

bercuti...






buku merah belum tamat tempoh

USD pun dah tukar

vietnam dong pun dah ada

kini masa nya kak zu dan abang megat nak pergi makan angin

vietnam tunggu kedatangan ku...

empat hari ni blog kesayangan kak zu ni akan kesunyian

ada yang merindu tak???

atau pun tiada siapa yang kisah...

Monday, April 1, 2013

Mushroom Soup



Malam terakhir anak anak ada kat rumah sebelum balik keasrama ,kak zu masakkan diorang mushroom soup dan dicicah bersama roti nan.Roti nan tu kak zu beli kat tesco.Sejak anak anak makin membesar dan makan banyak ni kak zu buat sendiri jer mushroom sup ni.kalau beli yang siap dalam tin tu sikit sangat dapat nya.Lagi pun senang sangat nak buat sup nih...

Sebenarnya ada banyak cara nak buat mushroom sup ni. kawan kawan nak tahu tak cara yang kak zu buat..kalau nak tahu sila scrol lagi sampai bawah yer...hehe

bahan bahan yang diperlukan 
cendawan shitake 10 kumtum(rendam kembang dan potong kecik kecik)
kak zu kisar kasar cendawan ni

2 /3ketul kiub pati ayam
1 senduk tepung gamdum

susu cair 1 tin

Daging ayam kisar (kak zu guna separuh)

bawang besar sebiji besar
bawang putih 4 ulas
kisar kedua duanya..

panaskan periuk dengan 2 sudu besar marjerin (minyak masak pun boleh)

tumis bebawang tadi sampai naik bau..masukkan ayam kisar .biar sampai masak..tambahkan air setengah cawan. masukkan cendawan biarkan mendidih 10 minit.dah betul betul masak isi ayam dan cendawan tadi barulah ditambah air lagi sebanyak mana yang suka.kalau anak ramai macam kak zu ni gunakan 5 mug  air..

blend kiub pati ayam dengan tepung gandum sampai hancur dan masukkan dalam periuk sup tadi..kacau selalu sebab takut tepung gandum tadi berketul.tuang susu cair..kacau sampai betul betul masak.kalau pekat sangat tambah air..kalau cair blend tepung gamdum lagi.ingat! blend tau..jangan main campak jer tepung tu dalam periuk nanti dia berketul ketul..

kalau ada minyak sapi bolehlah masukkan dalam kuah sup tu biar dia naik bau.tumbuk lada hitam sesudu kecik masuk dalam periuk tu jugak..kalau tak suka takper..takyah bubuh..tapi kalau bubuh memang lagi sedap sup ni nanti..masak sampai 5 minit..oh ya..perasakan garam nya..kalau rasa cam kurenggg boleh tambah kiub pati ayam lagi...

ok..tu jer...kalau suka boleh cuba...

gambar cendawan shitake..takder benda ni memang kurang sedap sup kita...(gambar google)



Saturday, March 30, 2013

Kuala Kangsar Bandar Diraja

Assalamualaikum

Lepas dizikir zikir 40 x ditelinga Abang Megat akhirnya dia pun setujulah nak bawak kak zu dan anak anak keluar jalan jalan cuti sekolah nih.Masa makan tengahari tu slow jer kak zu cakap"bang ..jom pergi Cameron"..punyalah bulat mata dia pandang kak zu..tanda tak setujulah tuh..slow slow jgk kak zu cakap "oklah..pergi dekat dekat jer "..huhu


Ha...Kuala Kangsar jerlah yang paling dekat ...kalau dari kamunting nak kesana dalam 40 minit berkereta ikut jalan lama..Disebabkan pergi ke Kuala Kangsar makanya Si Kakak dan Si Angah takmau ikut.Hanya Dekna dan Anis sahaja yang pergi...


Bertolak dari rumah pukul 12 thgari..mula mula pergi Geleri Sultan Azlan Shah dulu.tahun 2008 dulu dah sampai.tapi masa tu budak budak ni kecik lagi belum pandai baca.sekarang depa berdua tu dah belajar kat sekolah tentang kesultanan Melayu jadi memang sesuailah bwk mereka ke sini..biar mereka kenal asal usul Kesultanan Negeri Perak...

pintu masuk dan harga tiket..murah jer

sejarah pembukaan

ada dua buah bangunan.ini yg kedua..

ini yg pertama..

Galeri kereta..dalam tu semua kereta,motosikal dan basikal yang pernah digunakan Tuanku Sultan




tak lupa jugak gambar gedik laki bini..Abang Megat ni saja tau..selalu rosakkan gambar dengan memek muka dia..




Dekna dan Anis tahun 2013

                                          Dekna dan Anis tahun 2008 ditempat yang sama..



bersolat zohor dimasjid yang cantik dan terkenal ni.Masjid Ubudiah


ok ..itulah xtvt kami cuti sekolah ni selain masak masak dan memasak...


*kak zu nak pergi makan kenduri kat sungai petani hari ni..blik nnti BW yer..semlam kak zu BW kul 1 pagi sampai kena tegur ngan nea lopah..hehe

Friday, March 29, 2013

kembali ke pangkuan keluarga..

Hati kak zu berbunga bunga bahagia.setelah berbelas hari terpisah kini sidia telah kembali ke pangkuan keluarga.terlerai sudah kegala kerinduan dan rindu dendam Punyalah teruja bila si suami dah balik , padahal dah lebih 16 tahun menghadap situasi yang sama..dia pergi dan dia kembali..

Lagilah tak boleh nak hadap blog lama lama sebab sibuk nak layan sidia.Tapi insha Allah kak zu akan curi curi masa ziarah blog kengkawan semua yer...


.macam nilah tempat kerja suami kak zu..terpisah beribu ribu batu dilautan untuk mencari rezki buat keluarga..