kawan kawan Kak Zu

Monday, December 26, 2011

dandan rambut anak pompuan...

takyah karang panjang2 lah yer.kita tengok gambar cukup.pastu tulis sikit2 kat bawah gambar tu.aku banyak kerja skrg ni.nak jait baju sekolah anak.ni pun curi2 tulang dok kat depan pc.


awal awal cuti sekolah hari tu Si Anis dok mengamuk suruh buat dendan kecik kecik kat rambut dia..so sebagai ibu yang amatlah penyayang aku pun bertungkus lumuslah kelebek kepala anak walaupun si ibu ni punyalah banyak kerja kat dapur nak kena buat


setelah penat bertungkus lumus sampai lenguh ketiak sbb tangan dok terangkat ,akhir nyer siap jgklah rambut ala ala negro ni .



tengok muka budak suka dapat rambut ala ala rambut org afrika ni..nasib baik kulit cerah klu gelap sebijik anak negro.hehehehe



lepas buat kat anis kena buat kat rambut dekna pulak.di sebabkan rambut dekna panjang dan si ibu dah pun lenguh ketiak maka ibu buat rambut bahagian atas sahaja.bahagian bawah tu dah tak larat nak dendan dah.



dekna bangga kerana pada pandangan nyer rambut dia lebih cantik dari rambut anis.




pastu anis ni paksa ibu bukak balik rambut dia biar jadi serupa rambut dekna.panas hati tau klu kita penat2 buat sampai lenguh ketiak,tiba2 dia mengamuk suruh bukak balik.





buah hati pengarang jantung ku.sedang sibuk dengan laptop ayah.

Saturday, December 24, 2011

perut

baju biru perut bapak

baju merah perut anak

kedua dua lelaki kesayangan

dalam hidup aku..

-

-

-

-

-


cuti sekolah ni tak sempat nak buat entry baru

malas nak berebut rebut komputer dgn anak2

aku kan mak

mak mestilah kena beralah...

huhuhu...

Tuesday, November 29, 2011

tido beramai ramai..

korang nmpak meriah tak tilam dlam bilik tido ni.nilah penangan cuti sekolah + pak megat kat laut.anak anak adalah super duper happy sbb boleh menyelit dalam bilik aku nih.masa aku amik gambar ni malam adalah masih awal lagi.anak2 dah ready parking tilam bantal siap2.pastu depa p tengok tivi dan layan game kat komputer.

ni semua anis humaira punya kerja.dia tidur atas katil ngan aku.selimut tu baru beli.tu yang beria ria bentang penuh 1 katil.dia ndak aku selimut ngan dia sekali.dia tak tahu ker yang ibu dia ni hanya boleh kongsi selimut ngan apak dia jer.ngan anak2 sory.tak besttt..hehehe




ni pulak tilam hak milik nurliana amira.selimut tu jgk baru beli.dia parking kat tepi katil sebelah almari baju.tu awal2 elok ler dia punyer sarung tilam.esok pagi aku tengok terlondeh habis sarung tilam tu.selimut tu pun dah lepas ke hujung kaki dan baju tido pun terselak sama. sampai nmpak spender.suruh pakai seluar panjang xmo tu lah padah nyer.nasib ibu bangun awal dari anak2 boleh tolong tutup balik spender yang terdedah tu.




yang hujung kaki aku ngan anis ni adalah tilam budak jantan demok tu.ntah kenapa asyik ndak tido sebilik ngan aku jer sejak cuti sekolah ni.mungkin dia ada nengok cerita seram kot.selimut yang kaler hijau kuning tu pun baru beli jgk.beli 3 sekali gus.cuma kakak saja tak beli selimut baru sbb kakak punyer masih baru lagi.almaklumlah balik sekali sekala,jadi lambat lah nmpak buruk nyer.aku relakan jer budak demok tu tumpang tido bilik aku sbb tahun depan dia kan nak duduk asrama. aku kasi can bagi dia bermanja puas puas ngan aku.al ala bucuk bucuk ibu tu...



Merah yang menyibuk sama.dia boring sebab anak2 dia semua kat dalam sangkar.jahat sangat padan muka kena kurung awal2 dlam sangkar.kalau lepas bebas  meragas merata rata.bukan setakat atas sofa bawah meja jer buat tempat bermain, atas tudung saji  aku pun diaorang bantai  berkejar kejaran jgk.



bila tanya kenapa semua nak tido bilik aku.pakat bagi alasan bilik ibu ada aircorn.padalah aku jarang pasang pun.dah sekarang ni musim hujan. nak terkancing gigi kalau on aircorn.dah tu pulak asyik lah nak berulang kencing.


sementara pak megat masih lagi kat laut ni boleh lah anak2 riang ria bergurau senda tido dalam bilik ibu yer.minggu depan 8 hb sila masuk bilik masing masing.sekian wassalam...hehehe

Friday, November 25, 2011

entry sakit hati

apa salah pokok pisang ku

korang nampak tak batu bata seketul tu.tu bukan kubur anak burung si angah.tapi tempat aku tanam anak pokok pisang.2 minggu lepas ada kawan kat rumah lama bagi anak pisang kebatu.so..aku ngan pak megat pun gigih ler korek lubang walaupun dlam hujan renyai renyai.niat di hati senang lah nnti kalau aku nak bakar ikan tyah beli atau mintak kat rumah rumah org daun pisang.kalu nak buat lepat pun boleh eceh eceh..seumur hidup tak pernah buat lepat sendiri,ada hati nak buat lepat.wey... betullah apa aku cakap ni.aku nak belajar buat lepat pisang tau

ok...pastu korang nmpak tak rumput yang kuning2 tu...iyer,,rumput kuning sedangkan kot lain rumput hijau kan.haaaa..aku nak cerita yang pokok pisang yang aku ngan pak megat tersayang (sempat lagi tu) tanam tu dah kena racun.mangkuk mana yang racun aku rasa macam aku tahu jer siapa..pokok pisang aku tu baru keluarkan daun selai.masa kawan aku bagi tu dah ada selai daun dia.so..campur2 dah ada 2 lai ler...hari hari la aku dok tenung tenang pokok pisang tu...sambil mimpikan yang indah2 nnti boleh buat lepat utk laki terchinta (lagi sekali hehe)...

 sebenar nye dua tiga hari lepas masa aku dok siram pokok pokok bunga kat laman, aku dah tengok selai daun pisang tu dah kuning.aku agak mungkin sbb tak siram akir kot.cepat2 aku suruh angah bwak sebaldi air.dalam hati dok berkata kata jugak,takkan hari2 hujan pun pokok layu jgk.

pagi tadi masa aku dok pakai bedak kat tepi tingkap , aku pun jengok lah kat pokok pisang aku tu..aku tengok pokok pisang tu dah ranap. pastu pulak aku tengok rumput2 keliling dia pun layu jgk..baru aku tahu rupa2 nyer POKOK PISANG KU DI RACUN.huhuhu seperti hati ku juga turut di racun sama..mimpi2 indah buat lepat pun berkecai umpama kaca jatuh ke batu (drama tak).serius aku mmg panas hati....rasa nak maki maki jer...



korang rasa ada kaitan tak pokok pisang aku yang di racun dengan rumah ni.korang tengok rumput depan rumah ni pun layu jgk kan.aku tengok depan rumah orng lain semua rumput hijau hijau segar bugar.depan rumah nih jer yang rumput dia layu.rumah ni sebenar nyer kosong,tuan dia beli pastu nak jual balik..kira buat bisnes beli rumah jual rumah ler ni.aku dengar2 tuan rumah dia ni singh.yang dia sakit hati sangat ngan pokok pisang aku tu pasaipa.bukan dia nak duduk pun rumah tu.lagi pun aku tanam kat tanah aku tepi rumah aku.lagi satu bukan betui2 depan rumah dia pun.

kalau nak ikutkan pokok pisang aku tu betui2 depan rumah cina sebelah rumah singh tu.rumah singh tu kira sipi sipi depan jer.dia takut pokok tu nnti besar pastu lindung atau pun cacatkan permandangan rumah dia kot.dia takut rumah dia tak laku kot.aku doa mintak2 lah tak laku rumah dia tu.dah lah letak harga mahai nak mompos.dulu dia beli rm180 ribu jer.lani dia letak harga rm280 ribu.sapa pun tak berani nak beli.dasar singh dada berbulu.bukan takat dada jer lubang telinga pun berbulu jgk.

ok..puas dah hati aku dapat maki maki peracun pokok pisang ku.ok dah boleh buat kerja lain dah sbb amarah dah pun dapat di lepaskan.punya ler marah sampai entry pun guna "aku " jer...hehehe xpa lain kali guna "saya" balik..ok itu jer babai...

Thursday, November 24, 2011

entry cuti sekolah

apa ibu masak (2)

ni menu hari selasa


masak nasi minyak hujan panas.dekna tya kenapa nama dia hujan panas.pening ibu nak jawab..last2 ibu kata sebab ada kaler macam2....kah kah kah...dulu pestaim buat nasi ni saya rendam beras guna 3 kaler tu..kira rendam dlm 3 bekas berasingan lah.tapi bila masak ketiga tiga kaler tu bercampur so air nasi tu jadi cam warna campuran berus kaler air..keruh...tersangatlah tak lawa nyer.nak makan pun tak lalu.sekarang dah tahu rupa nyer bila nasi dah masak baru renjis renjis ngan kaler merah kuning dan hijau tu...


ayam masak merah.teramatlah simple nyer.saya blend bawang merah,putih, halia dan sebiji besar tomato mentah.cili kering dah ada separuh dlm petiais.tumis bahan blender pastu baru teringat kayu kayan lupa bubuh.ambik kulit kayu manis dan bunga lawang campak dlm kuali...kacau sekejap..pastu masukkan cili kisar.taruk gula,garam.kasi mendidih sekejap masukkan ayam yg dah digoreng separuh masak...masak/kacau smpai kuah pekat.selalu saya letak tomato dan cili sos tapi kali ni semua bahan tu habis..malas nak pergi kedai.xper..kita buat dia kan..mesti jadi punya...hehee


nasi dan ayam..dah cukup..tu pun sampai licin anak2 makan.kalu buat jelantah pun bukan depa makan pun.ada anak2 jiran kawan dekna dan anis datang bermain kat rumah pun saya bagi makan jugak.rezeki budak budak.pastu mak budak2 tu bagi saya keropok kering 2 bungkus...tengok rezeki saya pun murah jgk kan..


ni gambar cucur udang.korang jangan cari udang takkan jumpa punya.sebab udang nyer habis saya blend sekali dengan bawang dan cili besar sebiji.cucur ni buat makan pagi tadi..sebab banyak saya simpan separuh tepung tu dlm petiais.bila malam sambil tengok tivi kakak goreng lebihan tepung tu bagi adik adik makn.tengok tu punya rajin kakak ni ,dia campur sekali cucur tu dengan sos.pastu pulak guna bekas aiskrim jer.hentam jerlah kakak ooiiii....



oklah..saya takleh nak berlama lama depan komputer ni .biasalah cuti2 ni semua anak2 tunggu giliran nak ngadap pc.nak kena beli laptop seketul utk ibu nih..'abggggg....ayang nak laptop satu...takmo rebut2 ngan anak2...."

Wednesday, November 23, 2011

entry cuti sekolah

apa ibu masak (1)

cuti sekolah datang lagi
seronok sbb dapat berkumpul dengan semua anak
hanya cuti panjang saja dpt bermesra mesra
dengan kakak

bercuti kali ni ibu tengok banyak perubahan pada kakak
mungkin sebb kakak dah makin matang
lebih senang minta tolong
jarang bergaduh dengan adik adik
ibu harap perubahan baik ini akan berterusan
bila anak2 berkelakuan baik
ibu kurang marah marah

bila ibu kurang marah
mood nak memasak pun datang

siapa yang untung
anak anak ibu jgk kan
sayang anak anak ibu..

entry kali ini kita tgk apa yg ibu masak
anak2 asyik ngadu lapar jer
kul 10 mlm tadi ibu sempat pergi kedai
beli barang2 maknan utk anak anak
smbil tengok tivi mulut sambil menguyah
alahai anak anak...
demi korang semua
hujan panas siang malam
semua sanggup ibu redah..

ok...kita tengok apa saya masak hari ahad lepas

masak nasi lemak.makan sampai petang.pastu ngadu mengantuk.


sambal tumis ikan bilis .awal2 cuti anak2 tak banyak kerenah.balun jer .buat banyak bajet makan sampai malam.nasi lemak habis masak nasi putih pulak.


telur dadar.6 biji telur.cepat mudah dan sedap.bawang tak bubuh sbb mesti budak2 ni korek letak tepi punya..


 yang ini untuk saya.ikan pekasam kelantan.jiran setaman bagi.sedap hingga menjilat jari...hehe


limau kecik kecik ni beli kat pasar minggu.2 bunjut 5 hinggit.sekali hadap jgk.lantakkk


petang pukul 4 masak kuewtiaw sup pulak.kena masak cepat cepat sebab pak megat nak naik bas pukul 630 ptg.






kuah sup ni saya cuba buat cara mak selalu buat.bawang merah,putih,halia,jintan,kas kas semua saya tumbuk.selalu tu saya tak tumis ,main rebus pastu blend bebawang curah dlm periuk jer.sekali ni ayam pun saya goreng ngan kicap.







sambal kicap.pedas yarabbi...bubuh banyak2 berasap telinga.





itu ajer utk hari ahad.nnti saya update lagi utk hari isnin selasa rabu khamis bla bla bla...

Tuesday, November 22, 2011

APAM dot ..dot...

ada sapa sapa teringin nak buat apam dot dot
meh sini ada resepi...amik pen kertas salin
resepi nih pun saya amik kat blog masakan
blog apa tak ingat dah
maklumlah anak ramai ..byk benda lain nk fikir



mula mula letak gambar dulu kasi syiokkkkkk















3 biji telur dari petiais (gred A)
275 gram tepung gandum
220 gram gula halus (saya guna gula aising )
150 mlsusu segar@cair (saya guna susu cair)
3 sudu teh baking powder
1 sudu kecil ovalette
filling-strawberry/blueberry dll

cara nyer..pukul telur dan gula hingga kembang
baking powder dan tepung gandum diayak sekali
bila telur dah kembang campurkan susu dan bahan2 lain
putar lagi 6-7 minit
bahagikan beberapa bahagian dan warnakan
masuk dlm piping bag
paip separuh dan letakkan filling pastu paipkan smpai penuh
buatkan dot dot
kukus lebih kurang 10 minit

selamat mencuba...